NADIxMAHIR - Kelas Mahir Baiki Gajet
24 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2026, Kelas NADIxMAHIR - Mahir Baiki Gajet telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Kelas telah diadakan menggunakan aplikasi Zoom mengikut kelas yang disediakan di portal Mahir Training System (MTS). Modul Baiki Gajet berdasarkan rancangan untuk memberikan pengetahuan asas tentang komponen dan fungsi utama gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba.
Selain itu, kelas ini bertujuan untuk melatih peserta kemahiran teknikal membaiki kerosakan asas seperti skrin retak, bateri rosak, masalah perisian dan lain-lain. Topik pada sesi kali ini adalah Pengenalan Mahir Baiki Gajet, Jenis Alatan dan Langkah Keselamatan. Kelas ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: